INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN
TUGASAN PROJEK
PROGRAM : PISMP
KURSUS : EDU 3108 (ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL)
SEMESTER : 8
Hasil Pembelajaran Kursus:
1. Meningkatkan kefahaman guru pelatih
tentang ruang lingkup kerjaya guru
2. Menganalisis, mengulas dan mengutarakan
pendapat berkaitan dengan pelbagai isu
yang berkait dengan isu-isu keguruan
3. Melatih guru agar berfikir secara
kreatif dan kritis
4. Menggunakan teknologi
ICT dalam bidang pendidikan
Objektif Projek:
Pelajar
dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:
1. Mengenal pasti satu daripada isu
keguruan di Malaysia
2. Mengulas,
menganalisis dan memberi pendapat berkenaan dengan isu tersebut
3. Menghasilkan
sebuah blog sebagai satu ruang laman ilmu
4. Memuat
naik hasil penulisan ke blog yang dibina
5. Menghasilkan
satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan
Tugasan Projek (100%)
Dunia
pendidikan semakin mencabar pada hari ini. Pelbagai isu yang berkait dengan
guru dan keguruan sering dibincang melalui media massa.
1. Berdasarkan
kenyataan di atas, pilih satu artikel dari
mana-mana laman web rasmi yang berkait dengan isu guru atau keguruan. Ulas dan analisis artikel itu,
sertakan juga pandangan anda berkenaan dengan isu yang dibincangkan.
Panjang
esei ini hendaklah di antara 2 500 hingga 3 000 perkataan. (40%)
2. Bina sebuah blog laman ilmu dan muat naikkan esei anda ke blog berkenaan. (40%)
3. Tulis
refleksi berhubung dengan pengalaman
anda sebagai seorang pelajar dalam melaksanakan tugasan projek di atas. Berikan
contoh-contoh khusus berkaitan pengalaman dan butiran projek untuk menyokong
rumusan anda tentang
-
penyelesaian masalah,
-
kejayaan dan cabaran,
-
kemahiran baharu yang diperoleh dan
-
bagaimana tugasan ini dikaitkan dengan rancangan masa hadapan anda.
Panjang
refleksi hendaklah di antara 200 hingga 300 perkataan.
Penulisan
ini mestilah menunjukkan kefahaman anda terhadap penulisan refleksi. (20%)
Panduan Pelaksanaan Projek
1. Soalan 1 dan 3 adalah tugasan individu
manakala soalan 2 disiapkan secara kumpulan
2. Setiap kumpulan hendaklah terdiri
daripada 3 atau 4 orang sahaja.
3. Artikel yang diulas hendaklah diambil
dari laman web rasmi seperti akhbar-akhbar
perdana, laman web Kementerian
Pelajaran Malaysia, kesatuan-kesatuan guru dan
sebagainya
4. Format penulisan tugasan adalah seperti
berikut:
4.1 Muka
depan hendaklah mengikut templat terkini.
4.2 Fon
Arial
4.3 Saiz
huruf : 12
4.4 Langkau
: 1.5 baris
4.5 Rujukan
mengikut format APA (American
Psychological Association)
4.6 Lampiran
adalah wajib (artikel yang diulas hendaklah dicetak menggunakan
cetakan muka skrin)
4.7 Penulisan
anda hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu
5. Penulisan esei dan refleksi hendaklah
dicetak – dihantar dalam bentuk `hardcopy’
beserta alamat blog anda
6. Ulasan dan pandangan hendaklah disokong
dengan rujukan ilmiah.
7. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah
pengiraan perkataan.
8. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
9. Tugasan ini membawa markah 100% dan
wajaran 50%.
Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan
Kriteria Berikut:
1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh,
konsisten dan terperinci.
2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara
berikut:
2.1
Pengenalan yang menarik serta dapat mengupas isu dengan baik.
2.2
Perkembangan hujah-hujah
2.3
Implikasi hujah-hujah
2.4
Rumusan/cadangan dan menjawab persoalan tugasan
3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat
menyokong hujah-hujah anda hendaklah
dikemukakan.
4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu
menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah.
5. Persembahan dan susunan yang baik dalam
blog yang dibina
6. Penulisan
harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada
kesalahan ejaan dan juga menunjukkan kematangan hujah.
7. Rujukan
perlulah daripada pelbagai sumber (sekurang-kurangnya 5 bahan rujukan) yang
tepat dan memenuhi kehendak tugasan.
No comments:
Post a Comment