Saturday, 1 September 2012

Selamat Datang


          Assalamualaikum dan selamat datang ke blog kami. Kami mengalu-alukan anda untuk berkunjung ke blog ini dimana anda boleh berkongsi ilmu dan pendapat serta membincangkan tentang isu-isu guru pada masa kini.
          Guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik generasi muda yang bakal menjadi pemimpin negara . Justeru itu guru harus mempunyai sifat-sifat pemimpin yang baik.  Guru juga adalah pendidik, kaunselor, pendakwah, ikutan dan pemimpin.   Semua tugas ini dijalankan secara serentak dan memerlukan kemahiran dan pengalaman dalam bidang tersebut. Profesion guru juga dipandang mulia oleh masyarakat kerana peranannya sangat besar.
          Kini, tidak semua guru dapat menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka.Ramai guru yang tidak dapat menunjukkan akhlak yang baik kepada muridnya.  Terdapat sebahagian kecil yang tidak mampu mendidik dan menjadi contoh yang baik kepada murid atau pelajarnya supaya mereka juga menjadi insan yang baik dan mulia.
          Maka, marilah kita sama-sama meneliti dan berkongsi idea mengenai isu-isu ini.