oleh:
NORLINA HANIE BINTI MAZLAN
1.0
Pengenalan
Isu dan masalah tigkah laku negatif
yang dilakukan oleh guru sering kali dilaporkan tidak kira melaui media cetak
mahu pun media elektronik. Isu masalah tingkah laku ini sering kali menjadi isu
yang hangat diperkatakan dalam kalangan
masyarakat di seluruh Malaysia. Pelbagai masalah yag melibatkan etika
perguruan sering dilaporkan melibatkan beberapa kes yang melibatkan tingkah
laku negatif guru seperti kes rasuah, gangguan seksual, dera dan sebagainya.
Sebagai
contoh isu gangguan seksual iaitu guru disiplin cabul murid sebelum rotan yang
dilaporkan oleh Harian Metro yang bertarikh 4 Mac 2011 telah menjadikan isu ini
semakin hangat diperkatakan disegenap lapisan masyarakat. Berdasarkan isu
gangguan seksual yang dilakukan oleh guru disiplin di sebuah sekolah menengah
di Pandan Indah, Ampang iaitu Megat Ismazi Ismail, 48 tahun. Guru tersebut
telah didakwa mencabul kehormatan dengan meletakkan tangannya di atas dada
kesemua pelajar tersebut di dalam bilik guru disiplin antara jam 7.30 pagi hingga
8.30 pagi pada 25 Februar 2011. Guru tersebut
telah melanggar kod etika perguruan dengan membuat gangguan seksual ke atas
muridnya. Isu gangguan seksual yang dilakukan oleh guru ini semakin berleluasan
dari hari ke hari.
Dewasa ini, kejadian gangguan seksual
semakin berleluasa dan agak merungsingkan semua pihak. Gangguan seksual ini
bukan sahaja berlaku di tempat kerja dan tempat awam malah isu ini telah
menular di sekolah-sekolah. Tidak kira sekolah menengah mahupun sekolah rendah.
Dimana mangsa gangguan seksual ini ialah murid-murid ataupun pelajar-pelajar.
Gangguan seksual yang dilakukan oleh para pendidik ini menunjukkan mereka tidak
bertanggungjawab dalam melindungi anak murid dibawah jagaan mereka. Sering kali
kita dengar terdapat tingkah laku yang negatif yang dilakukan oleh guru tidak
kira guru itu muda atau tua. Ini memberikan gambaran bahawa sekolah bukan lagi
institusi yang selamat dari masalah ini jika hal ini dilakukan sendiri oleh
guru.
Menurut
Abd Rahim (2003), terdapat kaitannya pemboleh ubah personaliti ini dengan gangguan seksual. Masing-masing mangsa
dan pelaku disimpulkan mempunyai personaliti yang bermasalah sehingga mendorong
terjadinya perbuatan ini. Selain itu,
kajian ini juga ingin mengenalpasti kefahaman kedua-dua pelaku dan mangsa
tentang terma gangguan seksual dan
bentuk-bentuk gangguan seksual yang kerap dilakukan oleh pelaku dan dialami
oleh mangs. Kod Amalan (1999) mentakrifkan gangguan seksual contohnya meraba ialah
sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak dingini dan memberi kesan samada
secara lisan, isyarat, visual, psikologi atau fizikal.
Kementerian Sumber Manusia (1999)
mengkategorikan bentuk-bentuk gangguan seksual kepada lima jenis iaitu gangguan
secara lisan, gangguan secara isyarat, gangguan secara visual, gangguan secara
fizikal dan gangguan secara psikologikal. Gangguan secara isyarat (Bukan Lisan)
ialah gangguan yang dipamerkan melalui sikap atau perlakuan seseorang yang
memberi maksud atau gambaran keinginan yang berunsurkan seksual antara lain,
seperti menjeling, menggoda, merenung, mengintai, menjilat bibir atau mengguna
bahasa isyarat yang lain.
Seterusnya, gangguan secara visual
ialah perlakuan menghantar nota, surat, email, pesanan ringkas (sms), gambar,
poster, objek atau bahan bacaan yang berunsur seksual melalui penggunaan apa
jua peralatan media, peralatan elektronik atau peralatan komunikasi kepada
mangsa yang menyebabkan mangsa berasa tersinggung, terhina atau terugut juga
terjumlah kepada gangguan seksual. Begitu juga, gangguan secara lisan ialah
bentuk gangguan yang dapat dilihat dalam penggunaan bahasa lucah melalui
perbualan, bercerita, berjenaka, membuat bunyi-bunyian, memberi kritikan,
komen, pujian atau mengajukan soalan berunsur seksual ke atas penampilan,
pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual sehingga seseorang
berasa tersinggung, terhina atau terugut.
Selain itu, gangguan secara psikologi
ialah mangsa cuba merapati secara seksual, mendorong, mendesak, mengugut atau
memujuk rayu bagi memenuhi keinginan seksual seseorang sama ada melalui surat,
telefon, e-mel atau sebarang bentuk peralatan komunikasi kepada mangsa yang
menimbulkan tekanan emosi dan mental ke atas mangsa. Disamping itu, gangguan secara
fizikal ialah gangguan yang berbentuk sentuhan fizikal yang berunsur seksual
seperti mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga orang
tersebut berasa kurang selesa, memegang, memeluk, menepuk, menggosok, mencubit,
mencium atau meraba sehingga mangsa berasa tersinggung, terhina atau terugut.
2.0
Punca Berlakunya Kes Gangguan Seksual ( Cabul )
Gangguan seksual terhadap murid di sekolah
bukanlah satu fenomena yang baru. Menurut Fitzgerald (1993) seorang dari setiap
dua orang wanita akan menjadi mangsa gangguan seksual. Penyataan sarjana ini
menggambarkan bahawa gangguan seksual merupakan masalah sosial yang semakin meruncing pada hari ini. Apabila
menyebut gangguan seksual di sekolah,
yang terbayang dimata setiap orang ialah murid perempuan adalah golongan
yang menjadi mangsa dan pelakunya adalah golongan guru lelaki. Menurut Koss (1990),
murid yang mengalami gangguan seksual iaitu dicium seringkali merasa diri mereka
sebagai mangsa dan menukar corak hidup mereka menjadi pendiam, kurang bergaul
dan sebagainya. Murid yang menjadi mangsa ini tidak menghadirkan diri ke
sekolah. Hal ini menyebabkan peluang untuk belajar mereka terganggu dan menjejaskan
masa depan mereka.
Murid yang mengalami gangguan seksual
akan mengalami gangguan dan tekanan emosi yang tinggi jika tidak diberi rawatan
kaunseling. Perasaan takut, marah, murung, malu, mudah tersinggung dan kurang
motivasi untuk belajar terdapat pada diri mangsa. Gangguan seksual contohnya
cabul adalah satu isu tingkah laku yang negatif yang dilakukan oleh guru
terhadap murid-muridnya sehingga murid tersebut takut untuk ke sekolah dan ada
juga murid berasa tidak selesa berada disekolah. Hal ini menyebabkan
pembelajaran mangsa terganggu.Keselamatan murid tersebut telah terancam kerana perbuatan
yang dilakukan oleh guru tersebut sangat keterlaluan. Keadaan yang dialami oleh
murid ini berpunca dari guru yang tidak bertanggungjawab dalam menjaga
keselamatan murid tersebut.
Mengapakah boleh berlakunya gangguan seksual?
Mengapakah murid menjadi mangsa dan pelakunya gurulelaki? Menurut Clark (1991) bahawa pergerakan
wanita, revolusi seksual dan penggunaan pil perancangan keluarga adalah antara
faktor yang didapati sebagai penyumbang
besar kepada berkembangnya masalah sosial ini. Antara punca tingkah laku
negatif yang dilakukan guru bagi kes gangguan seksual (mencabul) pertamanya
ialah kurang memahami etika keguruan. Guru yang memahami etika keguruan tidak
akan tergamak melakukan perkara sedemikian terhadap anak muridnya sendiri. Ini
berbeza pula dengan guru tersebut kerana telah melanggar kod etika guru yang
telah digariskan. Ini menunjukkan bahawa guru tersebut tidak mengerti dan
memahami apa yang terkandung dalam kod etika guru.
Sebagai seorag guru kita sepatutnya sedia
maklum tentang perkara yang boleh dilakukan dan yang tidak boleh dilakukan. Tetapi
dalam kes ini yang terjadi adalah sebaliknya. Guru lelaki tidak menjaga
batas-batas pergaulan diantara guru lelaki dengan murid perempuan. Masalah
keluarga juga merupakan salah satupunca berlakunya tingkah laku negatif
dikalangan guru ini. Guru yang mengalami masalah keluarga contohnya penceraian
dan kurang kasih sayang akan mengalami tekanan dan emosi yang tidak stabil. Hal
ini menyebabkan guru tersebut mengambil jalan mudah dengan melakukan gangguan
seksual kepada anak muridnya sendiri bagi melepaskan tekanan yang dihadapi oleh
mereka. Ini menunjukkan bahawa, masalah rumah tangga seperti penceraian
menyebabkan keperluan seksual tidak dapat dipenuhi menyebabkan guru terbabit
menjadikan murid sebagai tempat untuk melepaskan tuntutan seksual mereka.Menurut
teori seksualiti menjelaskan bahawa perkembangan hidup dan tingkah laku manusia
adalah didorong oleh kemahuan, kehendak dan kuasa seksualiti (Abd Rahim, 2003).
Disini jelas menunjukkan bahawa seks adalah satu keperluan asas kepada orang
dewasa dan cara manusia mencapai kehendak dan keperluan seksual.
Faktor lain yang menyebabkan masalah
ini timbul ialah pengaruh negatif yang timbul
melalui media elektronik seperti penggunaan internet, telefon bimbit dan sebagainya.
Mengikut kajian yang dilakukan pengaruh media elektronik lebih banyak dari
media massa kerana media elektronik mudah didapati dengan meluas tanpa sekatan.
Hal ini kerana, guru boleh memperolehi bahan-bahan lucah dengan mudah dengan
hanya melayari internet berbanding medium yang lain. Ini menyebabkan guru
tersebut mudah mendapatkan bahan bagi tujuan sedemikian. Pengaruh ini akhirnya
mendorong guru tersebut melakukan perkara seumpama ini terhadap anak muridnya.
Pengaruh media massa contohnya media cetak membolehkan guru tersebut
mendapatkan bahan lucah melalui buku, majalah dan sebagainya dengan mudah
seterusnya membuat gangguan seksual kepada anak muridnya.
Tiada kesedaran agama juga adalah
punca kepada tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru tersebut. Didikan agama
yang kurang terutama tentang hukum halal dan haram menyebabkan seseorang guru
tersebut sanggup melakukan perkara terkutuk itu demi kepuasan mereka sendiri.
Kesedaran agama yang kurang iaitu tidak menggunakan ilmu yang dipelajari dengan
sebaik mungkin menyebabkan guru tersebut tidak dapat membezakan yang mana betul
dan yang mana salah. Guru tersebut juga tidak menjaga pergaulan beliau dengan
anak muridnya dimana dia sanggup membuat gangguan seksual keatas anak muridnya sendiri.
Di sini jelas menunjukkan perbuatan yang dilakukan oleh guru tersebut bukan
mencerminkan beliau sebagai seorang muslim yang tidak mengamalkan ajaran Islam
dengan baik. Jika difikir kembali tidak mungkin akan berlaku kes seumpama ini
jika guru tersebut mempunyai kesedaran agama yang tinggi.
Di samping itu juga, antara punca
penyumbang kepada tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru tersebut ialah pengambilan
pil peransang. Kebanyakkan kes yang melibatkan gangguan seksual ini sering kali
dipengaruhi oleh pengambilan pil peransang seperti Viagra yang tidak terkawal
dan dijual di pasaran secara terbuka. Apabila pengambilan pil peransang secara
tidak terkawal, keinginan seksual semakin meningkat menyebabkan berlakulah
gangguan seksual keatas murid. Kebanyakkan guru lelaki yang tidak berkahwin
atau telah bercerai yang menggunakan pil peransang ini akan cuba membuat
gangguan seksual terhadap anak muridnya apabila teransang. Dalam situasi ini,
guru tersebut hanya ingin memuaskan diri mereka tanpa mengira nasib yang akan
menimpa anak murid apabila berkelakuan negatif seperti ini.
Tambahan lagi, punca yang menyebabkan
tingkah laku negatif ini ialah bebanan kerja yang dihadapi menyebabkan guru
tersebut mengalami stress yang tinggi. Mengikut Kyriacou (2000), stress guru
merujuk kepada pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti
tekanan, kekecewaan, kebimbingan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada
tugasnya sebagai guru. Bebanan kerja yang terlalu banyak dan tekanan ditempat
kerja yang dihadapi oleh guru setiap hari menyebabkan guru itu tidak dapat
berfikir panjang seterusnya mencari jalan lain untuk melepaskan tekanan yang
dihadapi. Guru terbabit menggangap, gangguan seksual yang dilakukan ini boleh
mengurangkan tekanan yang dihadapi namun kesan dari perkara itu lebih teruk
dari apa yang dijangkakan.
3.0
Kesan Daripada Isu Atau Masalah Tersebut
Masalah ini akan menular dengan lebih teruk
lagi, jika masalah ini tidak dibendung dengan baik. Akibat dari perbuatan
tingkah laku negative guru ini bukan sahaja akan memberi impak buruk kepada dirinya
namun kesannya akan turut dirasai oleh mangsa gangguan seksual, guru- guru lain,
Implikasi yang akan menimpa guru yang
melakukan perbuatan ini ialah menyebabkan hubungan guru dan murid menjadi
semakin rengang. Murid akan merasa benci dan takut untuk menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran bersama guru tersebut. Dalam situasi ini, murid
berasa tidak selamat untuk meneruskan sesi pembelajaran. Selain itu, hubungan
guru dan rakan sejawatannya juga akan musnah kerana mereka semua tidak lagi
mempercayai guru tersebut selepas sekali melakukan perkara yang tidak senonoh.
Guru tersebut akan mengalami tekanan emosi juga adalah kesan jangka pendek yang
akan dihadapi dimana guru tersebut mungkin mengalami konflik jiwa yang serius
akibat dari perbuatannya. Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor
yang berkait dengan gangguan emosi contohnya masalah ketidakfungsian otak,
pemakanan dan masalah keluarga.
Di samping itu juga, keluarga guru
yang terbabit dalam tingkah laku negatif ini mungkin akan mendapat kesan yang
buruk kerana mereka akan dibenci dan dicemuh oleh masyarakat. Ini menyebabkan
keluarga beliau akan hidup dalam suasana yang tidak tenteram. Tambahan lagi,
kesan jangka pendek yang akan menimpa guru tersebut ialah beliau akan hilang
pekerjaan dan mata pencarian akibat dari perbuatan mereka yang tidak senonoh
itu. Pada masa yang sama guru tersebut tidak akan diterima oleh masyarakat
dimana masyarakat akan memandang serong kepada mereka.
Selain itu hubungan ibubapa dan guru menjadi
rengang dimana ibubapa tidak lagi mempercayai i guru untuk mendidik anak mereka
menjadi insan yang berguna. Masyarakat juga akan memandang serong kepada semua
pihak termasuklah guru dan pentadbir sekolah. Tambahan lagi, kesannya ialah
ibubapa tidak puas hati dengan layanan guru terhadap anaknya. Manakala kesan
jangka panjang yang menimpa ibubapa dan masyarakat ialah mereka menyalahkan
guru sehingga guru tersebut dibenci dan dicaci oleh masyarakat yang lain.
selain itu, ibubapa membawa isu gangguan seksual ini kepada pihak atasan
seperti polis dan peguam bagi mendapat keadilan bagi pihak anak mereka.
Selain itu, sekolah akan memindahkan
guru tersebut ke sekolah yang lain bagi menjaga nama baik sekolah tersebut. Di
samping itu juga, guru tersebut tidak ada tempat dalam masyarakat dimana beliau
bukan lagi menjadi guru yang boleh dipercayai oleh masyarakat. Kesan kepada
guru lain ialah, masyarakat tidak lagi mempercayai bahawa guru dapat mendidik
dan mengajar anak mereka menyebabkan tugas guru tidak lagi di pandang sebagai
satu tugas yang mulia oleh masyarakat. Kesan daripada itu juga menyebabkan guru
–guru tidak bersalah akan diselubungi dengan perasaan malu terhadap masyarakat dengan
tindakan yang dilakukan oleh rakan sejawatannya.
Tingkah laku negatif yang dilakukan
oleh guru ini menyebabkan profesion perguruan ini dipandang rendah oleh
masyarakat. Masyarakat tidak lagi mempercayai kepada profesion perguruan
sehingga menyebabkan profesion ini tidak lagi diperlukan oleh masyarakat.
Selain itu, profesion perguruan tidak lagi dianggap mulia oleh masyarakat
dimana mereka tidak lagi mempercayai bahawa profesion ini dapat membantu anak
mereka untuk mendapatkan pendidikan yang selamat dan berkesan. Tambahan pula,
profesion ini tidak lagi dihormati oleh masyarakat terutama ibu bapa dan
murid-murid. Di samping itu juga, kesan dari ini kerajaan tidak lagi dapat
melahirkan guru-guru yang berkemahiran dalam pelbagai aspek kerana kekurangan
generasi muda yang ingin menceburi bidang ini.
Kesan akan yang menimpa sekolah ialah
reputasi sekolah atau nama baik sekolah akan menurun menyebabkan masyarakat
terutama ibu bapa tidak lagi menghantar anak mereka ke sekolah tersebut. Selain
itu, sekolah tidak lagi dianggap sebagai institusi pendidikan yang memberi
pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid. Manakala kesan jangka panjang
yang menimpa sekolah ialah sekolah dilabel sebagai tempat yang tidak bermoral
kerana membiarkan masalah gangguan seksual berleluasan secara tidak terkawal.
Mangsa yang mengalami gangguan
seksual akan lebih cenderung berdiam diri, bersendirian, murung dan sebagainya.
Ini menyebabkan mangsa tidak lagi berminat untuk belajar sehingga prestasi
mangsa menurun. Pada masa yang sama mangsa gangguan seksual akan fobia dengan
guru terutama guru lelaki. Kesan jangka panjang kepada mangsa ialah mangsa
mengalami tekanan emosi dan jiwa yang tinggi sehingga mangsa cuba membuat
perkara yang tidak diingini contohnya membunuh diri dan sebagainya.
4.0
Etika Guru yang Berkaitan
Profesion perguruan sememangnya
mempunyai kod etikanya tersendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod
etika perguruan dijadikan rujukan oleh bakal-bakal guru yang baru menceburi
bidang perguruan dan mereka yang sudah lama bertapak dalam bidang perguruan ini.
Kepentingan kod etika sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Dengan adanya kod
etika perguruan ini seharusnya para guru dapat menjaga tingkah laku sebagaimana
yang patut diamalkan oleh seorang guru, memahami dengan lebih jelas etika guru
iaitu tanggungjawab mereka terhadap pelajar, masyarakat dan Negara, rakan
sejawat dan profesion perguruan, dan ibu bapa pelajar, meningkatkan lagi imej
profesion perguruan serta mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam
menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan
guru sesama guru. Oleh yang demikian, pengetahuan tentang etika profesion
perguruan adalah amat penting dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang
guru bagi mengatasi masalah ini.
Mengikut Nikki (2009) pula etika
dianggap sebagai pedoman perilaku yang dikenal pasti berkaitan dengan tindakan
manusia dalam bahagian tertentu manakala Bascom (2007) menganggap etika sebagai
ilmu mengenai suatu kewajiban. Antara fungsi kod etika ialah memberikan pedoman
bagi setiap ahli dalam profesion mengenai prinsip profesionalisme yang
dirangka. Ini bermakna setiap ahli yang juga guru sedia maklum tentang perkara
yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan. Fungsi kod etika juga ialah
merupakan kawalan sosial untuk masyarakat atas profesion yang berkaitan. Ini
bemakna bahawa etika profesion dapat menyediakan pengetahuan kepada masyarakat
supaya lebih memahami kepentingan suatu profesion. Akhir sekali fungsi kod
etika ialah membantu para profesional mencegah campur tangan pihak di luar
organisasi profesion tentang hubungan etika dalam keanggotaan profesion.
Kod etika perguruan adalah pedoman
dan panduan kepada guru dalam menjalankan tugas mereka dengan bertanggungjawab
membimbing murid-murid untuk mencapai kemajuan sepenuhnya. Di dalam kod etika
perguruan terdapat 4 tangggungjawab yang perlu dipatuhi dalam profesion ini
iaitu tanggungjawab terhadap pelajar, tanggungjawab terhadap ibubapa,
tanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara serta tanggungjawab terhadap rakan
sejawat dan profesion keguruan. Berdasarkan isu tingkah laku negatif yang
dilakukan oleh guru dalam kes gangguan seksual (mencabul), kita dapati guru
tersebut telah melanggar kod etika perguruan dimana beliau tidak menunjukkan
tanggungjawab terhadap pelajar. Dalam kes ini sepatutnya guru tersebut mengutamakan
kebajikan dan keselamatan pelajar namun guru tersebut telah melakukan perkara
yang sebaliknya terhadap pelajarnya. Kes seperti ini tidak seharusnya dilakukan
kerana ia mencemarkan nama baik profesion ini sehingga menyebabkan murid
tersebut tidak lagi selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran.
Selain itu, berdasarkan kod etika
perguruan, guru sepatutnya bertanggungjawab dalam menunjukkan cara berpakaian,
pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberi contoh. Dalam isu gangguan
seksual ini, guru tersebut tidak bertanggungjawab dalam memberi contoh yang
baik kepada murid dimana guru tersebut menunjukkan tingkah laku yang negatif
dengan membuat gangguan seksual secara terangan ke atas murid dengan mencium
murid tersebut. Di samping itu kod etika yang terlibat dalam kes ini ialah guru
tidak harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat
profesionalnya dan akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap
profesion perguruan. Tambahan lagi, guru haruslah menanamkan sikap yang baik
terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara
yang taat setia dan berguna. Ini berbeza dengan guru yang membuat gangguan
seksual tersebut sehingga melakukan sikap yang tidak baik terhadap muridnya.
Demikian juga dengan kod etika bahawa
guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibu bapa' dalam usaha membentuk
tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat, guru
tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan
keyakinan diri murid dan ibu bapa terhadapnya serta guru tidaklah harus
mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau
Negara. Kod etika ini jelas menunjukkan bahawa guru yang melakukan gangguan
seksual tidak mengikut kod etika yang digariskan sebagai seorang pendidik.
Secara kesimpulannya, kod etika yang menjadi panduan kepada semua guru tidak
digunakan dan diamalkan oleh guru yang melakukan tingkah laku yang negatif
tersebut.
5.0
Langkah Mengatasi Tingkah Laku Guru Yang Negatif Tersebut
Kes gangguan seksual ini menjadi
semakin serius jika tidak ditangani dengan segera. Tingkah laku yang negatif
ini boleh dibendung jika masyarakat berkerjasama dalam menyelesaikan masalah
ini. Pendidikan merupakan satu kaedah yang terbaik untuk mengatasi tingkah laku
guru yang negatif dimana melalui kaedah ini kita boleh membangunkan kesedaran
guru tentang bahaya gangguan seksual yang dilakukan oleh mereka terhadap
murid-murid. Kebanyakkan negara maju telah memperkenalkan pendidikan seks
kepada semua masyarakat bagi mendedahkan pelbagai isu dalam menimbulkan
kesedaran mengenai gangguan seksual seperti diskriminasi seksual, hak asasi
wanita, hilai-nilai baik dalam hubungan antara lelaki dan wanita, pencabulan,
penderaan seksual dan sebaginya.
Selain itu, bagi mengatasi masalah
ini, kursus, ceramah atau bengkel perlu dibuat bagi meningkatkan nilai-nilai
dan tingkah laku yang teratur dan bertanggungjawab terutama yang melibatkan
penjawat awam contohnya guru. Bagi mengatasi masalah ini hingga ke akar umbi,
semua guru perlu menghadiri kursus yang dikendalikan oleh kerajaan bagi
menyedarkan mereka tentang tanggungjawab sebagai pendidik. Nilai murini seperti
kemanusiaan, kasih sayang, nilai moral, etika, tanggungjawab dan sebagainya
perlu di terapkan ke dalam diri semua guru dalam kursus ini bagi menyedarkan
mereka tentang kesalahan gangguan seksual dari terus berlaku. Nilai hidup yang
baik ini dapat memelihara mereka daripada melakukan gangguan seksual yang
bertentangan dengan norma hidup yang perlu dipertahankan. Menurut Fullan (1993)
menyatakan guru melibatkan diri secara produktif dalam proses perubahan, guru
mempunyai tujuan moral yang dikaitkan dengan dengan tugas dan tanggungjawab
mereka.
Justeru itu kerjaan atau badan bukan
kerajaan perlu memainkan peranan yang penting dalam menyediakan pendidikan seks
ini supaya dapat menyedarkan masyarakat khususnya guru-guru dalam mengatasi
masalah tingkah laku yang negetif ini . Pendidikan seks bukan sahaja sesuai
kepada murid, guru-guru dan masyarakat namun kepada pesalah gangguan seksual
itu sendiri. Pendidikan seks ini bertujuan untuk memberi maklumat yang sebenar
tentang kesalahan seksual yang dilakukan lebih-lebih lagi dilakukan kepada
murid-murid. Di samping itu juga, pendidikan seks ini juga mengetengahkan
implikasi dan kesan yang diperolehi oleh pesalah gangguan seksual jika mereka
terus melakukan gangguan seksual kepada murid-murid.
Selain itu bagi menangani masalah
tingkah laku guru yang negative ini (gangguan seksual), kerajaan atau badan
bukan kerajaan (NGO) perlu menyediakan kemudahan khidmat kaunseling khususnya
kepada murid-murid yang mengalami gangguan seksual serta guru yang melakukan
gangguan seksual. Di setiap sekolah perlu diwujudkan khidmat bimbimbing dan
kaunseling yang dikhaskan untuk guru bagi menangani isu gangguan seksual di
mana khidmat ini dikendalikan oleh individu yang pakar dalam masalah ini.
Khidmat bimbingan dan kaunseling ini bertujuan untuk membolehkan guru
mendapatkan bantuan dan nasihat dari pakar kaunseling jika mereka terjebak
dengan masalah ini. Menurut Shertzer dan Stone (1981) mengatakan bahawa
bimbingan sebagai perkhidmatan membimbing individu yang memerlukannya untuk
mencapai kefahaman, pengetahuan dan kemahiran tertentu.
Tambahan lagi, kuatkan undang-undang
juga adalah satu jalan mudah yang boleh diambil bagi mengatasi tingkah laku
yang negatif. Penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan kes gangguan seksual
dikalangan pendidik ini perlulah dibanteras dengan segera supaya kes seumpama
ini dapat diatasi dengan segera. Penguatkuasaan undang-undang seperti penjara,
sebatan, hukuman dan sebagainya perlulah dikuatkuasakan bagi mengatasi masalah
ini dari terus berleluasan. Dengan adanya penguatkuasaan ini, tingkah laku
negatif dikalangan guru mungkin dapat diatasi dan dibanteras dengan segera. Di
samping itu juga, guru yang melanggar etika perguruan perlulah dilucut dari
jawatannya. Ini dapat memberi pengajaran kepada guru-guru yang lain supaya
tidak melakukan perkara yang tidak bermoral ini.
No comments:
Post a Comment