oleh :
Muhamad Shazwan Bin Mohamed Shukri
1.0 Pengenalan
Malaysia
merupakan sebuah negara yang memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan
modal insan kelas pertama.Ianya adalah bagi mencapai status negara maju pada
tahun 2020. Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan
berkualiti. Pendidik yang berkualiti adalah ajen pembentuk modal insan.
Pendidik yang berkualiti dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri
yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu
membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran
menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan
serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering
berubah.
Kesan
daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), negara menghadapi pelbagai cabaran
baru. Justeru, Malaysia memerlukan modal insan yang juga celik TMK, progresif
dan mampu bersaing di pasaran kerja global.
Agenda
utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT) adalah untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan
Malaysia. Justeru itu, golongan pendidik dikehendaki memahami, menunjukkan
kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha
dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan seperti
berikut:
”...
as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to
school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling
depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as
teachers, that their teaching is of high quality, and that all students have
access to high quality teaching.”
(Organization
for Economic Co-operation and Development; petikan daripada Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan KPM 2007; hal. 106 )
Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan
guru yang berkualiti. Ianya tidak terhad di situ sahaja, malah memastikan guru
yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di
sepanjang tempoh perkhidmatan. Bagi tujuan itu, pelbagai langkah yang telah
diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan, menambah baik sistem
pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan,
dan menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru.
Bahagian
Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju utama
latihan perguruan di Malaysia. Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi
keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan seluruh negara. Bagi menjamin
guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama ditekankan iaitu
amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta
kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
Bahagian
Pendidian Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard
guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi
latihan perguruan di Malaysia.
2.0 Isu Semasa
Satu
berita bertarikh 5 Mac 2007 yang bertajuk ‘Guru pukul pelajar dengan kasut
diberi kaunseling’ telah dipaparkan di Utusan Online. Berita ini menyatakan
bahawa seorang guru cemerlang bahasa inggeris yang mempunyai rekod yang baik
telah memukul 4 orang muridnya menggunakan kasut tumit tinggi atas kesalahan
tidak membawa buku latihan matapelajaran yang diajarnya. Tiga orang murid
masing –masing terpaksa menerima 2 jahitan di kepala dan seorang lagi menerima
satu jahitan.
Guru
tersebut mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dimana dia berjaya meningkatkan prestasi pelajar
dalam subjek Bahasa Inggeris di sekolah itu daripada kelulusan sebanyak 65
peratus pada tahun 2000 kepada 91.4 peratus tahun sebelum itu.Dia juga pernah
menerima sijil penghargaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 1998 selain
menjadi penulis modul literasi maklumat untuk pelajar tahun empat, lima dan
enam dari 2004 hingga 2006.
Ekoran
kejadian tersebut, guru tersebut telah ditukarkan ke sekolah lain walhal
langkah itu bertentangan dengan peraturan pekeliling perkhidmatan Kementerian
Pelajaran. Dia sepatutnya ditahan kerja selama dua bulan mengikut
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Kelakuan Tatatertib 1993 sementara menunggu
keputusan siasatan yang dilakukan ke atasnya berhubung kes berkenaan.
Dengan
rekod perkhidmatan yang baik, ianya menjadi persoalan tentang punca sebenar
guru tersebut bertindak sedemikian. Guru tersebut telah diarahkan menjalani
sesi kaunseling bagi mengenal pasti punca sebenar yang membawa kepada guru itu
bertindak sedemikian rupa.
3.0 Kod
Etika Keguruan
Perkara
pertama yang menjadi isu dalam kes ini ialah guru tersebut telah melanggar kod
etika keguruan. Apa itu etika? Perkataan etika berasal daripada bahasa Yunani
iaitu ethos, yang bermaksud watak atau adat. Etika adalah suatu cabang
falsafah tentang pandangan dan persoalan dalam bidang moral; ia diungkap dalam
bentuk moral seperti baik, buruk, jahat, suci, memalukan, bertanggungjawab dan
sebagainya. Ia juga merupakan suatu penyelidikan falsafah tentang kewajipan
manusia serta tentang yang baik dan yang buruk. Ringkasnya, etika adalah
falsafah tentang amalan dan norma-norma hidup manusia.
Dari sudut
Islam, etika diasaskan oleh tiga perkara berikut :
Dalam
buku Siri Pengajian Profesional : Asas Kepimpinan & Perkembangan
Profesional oleh Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon telah menyatakan
‘ Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat
(Laporan Aziz, 1971), mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion perguruan
bagi pembentukan tatasusila guru. Etika perguruan ini akan menjadi satu panduan
kepada guru dalam melaksanakan tugasan harian sebagai guru’. Maka, etika
perguruan diwujudkan bagi menjadi garis panduan kepada guru dalam melaksanakan
tugasan harian dengan mengamalkan tingkah laku positif dan menggunakan segala pengetahuan,
kepakaran dan kemahiran yang ada bagi menjamin perkhidmatan yang cemerlang.
Antara
kod etika yang berkaitan dengan isu yang dibincangkan ialah :-
Sumber
: http://pendidikangurubaru.blogspot.com/2012/02/kod-etika-perguruan-malaysia.html
Dalam
konteks isu bertajuk ‘Guru pukul pelajar dengan kasut diberi kaunseling’ ini,
guru tersebut mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang di mana dia merupakan
seorang guru cemerlang dan telah berjaya meningkatkan prestasi murid dalam
matapelajarannya. Akan tetapi, guru tersebut gagal mengamalkan tingkah laku
positif dimana dia gagal mengawal kemarahannya sehingga menyebabkan insiden
memukul pelajar sehingga mengalami kecederaan yang teruk. Di sini dapat dilihat
guru tersebut gagal mengamalkan sifat sabar dan berfikiran rasional. Ianya
memberi impak yang besar terhadap profesion perguruan di mana insiden seperti
ini akan memberi tanggapan buruk kepada golongan guru serta kepercayaan
masyarakat kepada guru akan tergugat. Akauntabiliti seorang guru akan tercemar.
Sebagai
seorang guru yang professional, sepatutnya berupaya membuat keputusan
pertimbangan berdasarkan dengan pemikiran yang rasional dan tidak membiarkan
perasaan mempengaruhi keputusan yang dilakukan. Guru yang beretika dinilai
melalui tingkah laku yang bermoral dan mengamalkan nilai-nilai murni serta
mengamalkan ilmu keguruan yang telah dipelajari dalam melaksanankan tugasan
hariannya dalam mendidik.
Etika
Kerja Kementerian Pelajaran Mlaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan
prinsip-prinsip berikut :-
i.
Niat yang betul
ii.
Perlakuan yang baik
iii.
Penggerak kea rah kebaikan
iv.
Memperkotakan apa yang dikatakan
v.
Berdisiplin dan beradab
vi.
Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha
organisasi
(S.
Ismail & A. Subki, 2010)
Justeru,
seorang guru yang beretika perlu menjaga aspek amalan profesionalnya serta
menjaga tingkah laku dalam mendidik modal insan. Bukan sekadar dapat
meningkatkan prestasi dan mencapai tahap perkhidmatan cemerlang dan mengabaikan
amalan professional. Ianya penting dalam mencapai sistem pendidikan bertaraf
dunia di mana pendidik adalah tunjang utama.
4.0 Akauntabiliti Guru
Mengikut Kamus Dwibahasa, perkataan
‘akauntabiliti’ dihuraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau
bertanggungjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji,konsep
akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan
penjelasanmengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak
untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut.Akauntabiliti juga adalah mengenai
displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima kebertangungjawaban
terhadap sesuatu keputusanyang telah diambil(S. Ismail & A. Subki, 2010).
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab
yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti
keguruan juga membawa maksud berkenaan dengantanggungjawab guru terhadap
profesionalisme keguruan.Akauntabiliti atau tanggungjawabseorang guru yang
dimaksudkan di atas merangkumi akauntabiliti guru terhadap pelajar, diriguru itu
sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.
Akauntabiliti seorang guru terbahagi kepada
empat, iaitu :-
(S.
Ismail & A. Subki, 2010)
Seorang guru terhadap muridnya haruslah
menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi
masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaranmengikut
kaedah dan teknik yang berkesan. Disamping itu, guru juga haruslah mengutamakan
kemajuan,kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain.
Dalam konteks isu yang diketengahkan, guru
tersebut telah mengabaikan akauntabiliti terhadap muridnya di mana dia telah
mengabaikan kebajikan dan keselamatan muridnya. Hal demikian adalah suatu yang
tidak boleh diketepikan oleh seorang guru yang diberi tanggungjwab mendidik
muridnya. Wujudnya akauntabiliti supaya guru dapat menilai keputusan, tindakan
dan kesan yang diambil sebelum ianya dilaksanakan. Guru yang baik dapat menilai
langkahnya dan tidak akan menggunakan kekasaran sebagai satu jalan untuk
mendisiplinkan pelajar kerana implikasi yang bakal diterima membawa banyak
kesan negatif daripada positif. Guru yang berakauntabiliti merasakan wujudnya
rasa tanggungjawab dalam melaksanakan suatu tugas yang diamanahkan kepada
dirinya dengan cara yang terbaik dan menepati piawaian yang telah ditetapkan
dan seterusnya bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah diambil olehnya.
Seorang guru yangbertanggungjawab haruslah
bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa,agama, faktor
jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah
membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta
sebarangbayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala
perlu memberi hadiahkepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat
terhadap prosespembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian
kemas, berbudi bahasadan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan
supaya murid memperolehimodel yang baik.
Merujuk kepada isu yang dibincangkan, adakah
guru tersebut mempamerkan ciri-ciri seorang guru yang boleh dijadikan model
teladan? Sifat melulu dan tidak dapat mengawal perasaan serta tidak rasional
dalam tindakan menunjukkan bahawa guru tersebut tidak mempunyai akauntabiliti
terhadap muridnya. Akibat dari mengabaikan akauntabiliti, insiden yang
mencemarkan profesion keguruan seperti ini boleh berlaku. Ianya satu insiden
yang serius sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dan mungkin boleh
menjejaskan kesihatan mental pelajar jika pelajar tersebut mengalami trauma.
Jika pelajar tersebut mengalami trauma, kemungkinan pelajar tersebut takut
untuk ke sekolah kerana takut dipukul. Murid tersebut boleh jadi tidak
bermotivasi untuk belajar ketika berada di sekolah dan persepsi murid itu
terhadap guru telah berubah. Demikian adalah implikasi-implikasi yang mungkin
terjadi kesan daripada insiden ini. ianya berpunca dari guru yang tidak
mengamalkan akauntabiliti terhadap muridnya.
Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang
yang di hormati olehpelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga
profesionalisme guru supaya mereka tidak dibenci, dipandang serong dan tidak di
hormati lagi oleh anak muridnya.
Seorang guru juga perlu mengamalkan
akauntabiliti terhadap dirinya sendiri. Seorang guru haruslah menjaga
kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik
dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu
menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggutugasnya.
Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan
bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana
jika gurugagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran
yang bolehmenjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru
juga di galakkanmelengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka
terhadap peristiwa disekeliling melalui media massa atau elektronik supaya
mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh
melibatkan diri dalam sesuatu hobi danaktiviti berfaedah di masa lapang yang
boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental danfizikal.
Justeru, guru yang mengamalkan akauntabiliti
terhadap diri sendiri akan menjaga kesihatan mental dan fizikal serta
mengamalkan cara hidup yang sihat. Ianya memastikan kecergasan fizikal dan
kompetensi emosi yang stabil dapat dikekalkan pada tahap yang optimum. Ianya
diperlukan oleh seorang yang bergelar guru dalam menghadapi tekanan kerja
sebagai seorang guru.
Guru merupakan orang yang kedua penting dalam
kehidupan setiap murid. Apabila ibu bapa memasukkan anak mereka ke sekolah,
maka ibu bapa menaruh harapan yang besar ke atas guru untuk mendidik anak-anak
mereka supaya menjadi orang yang berilmu dan berguna kepada nusa dan bangsa. Perkara
inilah yang menjadi asas kepada akauntabiliti guru terhadap ibu bapa.
Harapan ibu bapa ini menjadi amanah dan
tanggungjawab bagi guru-guru dan wajib dilaksanakan. Kita hendaklah menjalankan
tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah iaitu dengan mematuhi jadual,
menepati masa, serta menjalankan tugas dengan teknik pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Utamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan
pelajar daripada hal-hal lain. Kita juga mestilah bersikap adil terhadap setiap
pelajar di samping membimbing mereka tanpa meminta sebarang bayaran atau
ganjaran.
Dengan pelaksanaan Akta Pendidikan 1996,
Perintah Pendidikan ( Pendidikan Wajib ) 2002, maka guru-guru
dipertanggungjawab untuk menjalankan kewajipan berikut:
Guru sebagai seorang yang memegang amanah
ibu bapa murid supaya mendidik dan membentuk peribadi murid menjadi modal insan
yang cemerlang perlulah memikul amanah yang telah diberikan dengan sebaik
mungkin. Dalam konteks isu yang dibincangkan, dapat dilihat bahawa guru
tersebut telah gagal untuk memikul amanah yang telah diberikan kepadanya. Ianya
menunjukkan bahawa guru tersebut tidak mempunyai akauntabiliti terhadap ibu
bapa muridnya. Kepercayaan ibu bapa kepada guru adalah suatu yang perlu dijaga
dan menjadi tanggungjawab guru supaya ianya terpelihara dan kekal teguh. Akan
tetapi insiden seperti ini akan menyebabkan hilangnya kepercayaan ibu bapa
kepada guru dan seterusnya akan mempengaruhi pihak sekolah. Perkara ini akan
mencemarkan nama baik profesion perguruan. Guru yang tidak diberi kepercayaan
penuh dan sentiasa dihujani prasangka akan tidak dapat berkhidmat dengan baik
kerana perasaan takut dan tidak selesa dalam melaksanakan tugas atas sebab
tekanan dari pihak ibu bapa. Oleh itu, amatt penting bagi guru menjaga
akauntabiliti terhadap ibu bapa kerana mereka meletakkan harapan penuh kepada
guru bagi mendidik anak yang merupakan suatu yang paling berharga bagi mereka.
5.0 Kesimpulan
Guru merupakan satu bidang kerja yang
profesional. bagi mencapai standard itu, seorang yang bergelar guru perlu
memastikan dirinya mengamalkan etika perguruan yang menjadi garis panduan
kepada amalan kerja professional dan membezakannya dari bidang kerja yang lain.
Guru yang mengamalkan etika perguruan akan berkembang ke arah budaya kerja yang
efisyen, betatasusila dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam pelaksanaan
tugasan hariannya. Ianya juga dapat membendung guru daripada insiden-insiden
yang bakal menghancurkan kariernya sendiri.
Akauntabiliti juga perlu dipandang serius
bagi seorang guru dimana kita memegang tanggungjawab yang besar iaitu membentuk
modal insan. Guru perlulah sedar bahawa tanggungjawab yang dipikul bukanlah
suatu yang kecil, akan tetapi tanggungjawab yang dipikul merupakan suatu aset
besar yang dipertaruhkan kepada kita. Aset itu adalah seorang murid, yang
merupakan seorang anak kepada kedua ibu bapa, seorang pewaris yang bakal
menentukan masa depan negara. Adakah kita sebagai seorang bakal guru sedar akan
perkara ini?
Insiden seperti guru memukul murid sepatutnya
tidak berlaku jika guru mendalami erti sebenar profesion sebagai seorang guru. Justeru,
profesion perguruan bukanlah suatu yang mudah atau remeh. Seorang guru perlu
mengambil serius tentang setiap aspek dalam bidang keguruan ini. ianya
termasuklah aspek etika dan akauntabiliti, ianya bagi menjamin nama baik bidang
keguruan di mata masyarakat kekal utuh serta memperkembangkannya bagi mencapai
standard system pendidikan bertaraf dunia seperti yang diaspirasikan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
No comments:
Post a Comment